Kepentingan Takaful hayat

 Fakta mengatakan bahawa 90% rakyat Melaysia yang memiliki polisi insurans takaful adalah di bawah jumlah perlindungan sebenar, berdasarkan statistik oleh Persatuan Insurans
Ini laporan daripada Berita Harian;
“KUALA LUMPUR: Hampir 90 peratus daripada rakyat Malaysia yang dilindungi insurans hayat, mempunyai perlindungan di bawah kadar sebenar, kata Pengerusi Jawatankuasa Promosi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Ramzi Toubassy.
“Pada 2015, kira-kira 50 peratus (lebih kurang 12.5 juta) daripada penduduk Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat tetapi hampir 90 peratus daripada mereka di bawah perlindungan sebenar, yang bermaksud perlindungan insurans mereka mungkin hanya satu atau dua kali pendapatan tahunan mereka,” katanya.
Ini pula kajian dibuat oleh Malaysian Takaful Association (MTA) mengenai JURANG PERLINDUNGAN yang dimiliki oleh rakyat Malaysia
 
Rajah menunjukkan Kajian mengenai Jurang Perlindungan 😕
Ia adalah perbezaan di antara sumber kewangan yang ada kepada keluarga pencari nafkah terhadap sumber kewangan yang diperlukan untuk mengekalkan taraf hidup semasa bagi tanggungan, sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kepada pencari nafkah.
Purata jumlah perlindungan Takaful Keluarga di Malaysia adalah RM50,000.
Maknanya jika si Ayah berpendapatan RM4,000, jika berlaku kematian atau hilang upaya, ianya hanya mampu menggantikan pendapatan si Ayah selama SETAHUN sahaja.
Manakala, berdasarkan  statistik WHO, kira-kira 70% punca kematian penduduk Malaysia adalah berpunca daripada 4 penyakit kritikal di ini:
1. Kanser
2. Serangan jantung
3. Diabetik
4. Stroke
PENYELESAIAN MASALAH INI
BERAPAKAH JUMLAH PERLINDUNGAN SEBENAR DIPERLUKAN?
 Ia sepatutnya bersamaan 10 tahun pendapatan.
Kenapa?
Supaya apabila berlaku musibah 3D (DEATH,DISABLE dan DISEASE), pampasan takaful tersebut mampu untuk menampung kos sara hidup sekurang-kurangnya 10 tahun
sebagai contoh :
Ini adalah contoh proposal takaful untuk seorang executive yang berusia 30 tahun, berpendapatan RM4,000 sebulan.
plan komprehensif :
1) Manfaat kematian dan lumpuh RM480,000
2) Manfaat penyakit kritikal RM240,000
3) Manfaat medical card RM1,000,000 limit
seumur hidup tanpa limit tahunan, dengan bilik wad RM200 sehari
4) Manfaat pengecualian caruman
Rasional di sebalik cadangan.
1) Manfaat kematian dan lumpuh RM480,000
Ini ialah INCOME PROTECTION untuk prospek sekiranya berlaku kematian dan lumpuh.
Kenapa RM480,000? Ini ialah refleksi daripada pendapatan beliau RM4,000 sebulan atau RM48,000 setahun.
Maknanya, jika berlaku kematian atau lumpuh ke atas pesakit, jumlah pampasan RM480,000 tadi boleh menggantikan pendapatan beliau yang hilang selama 10 tahun.
2) Manfaat penyakit kritikal (tambahan) RM240,000
Ini juga adalah untuk INCOME PROTECTION, sekiranya peserta ditimpa penyakit kritikal. Jumlah RM240,000 ini bersamaan dengan 5 tahun pendapatan beliau.
Dan selalunya orang yang ditimpa penyakit kritikal, jangka hayat sekitar 3 ke 5 tahun. Jika boleh survive selepas 5 tahun, pesakit akan boleh kembali bekerja seperti biasa.
Jumlah coverage asas (kematian dan lumpuh) tidak berkurangan apabila peserta claim manfaat ini.
3) Manfaat medical card RM1,000,000 limit seumur hidup tanpa limit tahunan, dengan bilik wad RM200 sehari
Mengapa perlukan medical card tanpa annual limit?
Sebab kos hospital setiap tahun akan meningkat. Bayangkan, kos kanser yang kritikal boleh mencecah RM300,000!
Jadi dengan adanya medical card tanpa annual limit ini sangat membantu beliau menghadapi kos inflasi yang akan datang.
Manakala had kelayakan bilik beliau RM200 sehari akan meningkat secara automatik sekiranya tiada kemasukan ke hospital 10% setiap 3 tahun hingga maksima 50% dalam masa 15 tahun.
5) Manfaat pengecualian caruman
Sekiranya peserta ditimpa penyakit kritikal, carumah beliau akan dikecualikan.
KENAPA PERLU MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL YANG TINGGI?
Sebab, berdasakran statistik daripada WHO diatas, menunjukkan 70% kematian penduduk dunia dan penduduk Malaysia adalah berpunca dari 4 penyakit utama:
1. Kanser
2. Stroke
3. Heart Attack
4. Diabetik
Jadi INCOME PROTECTION PLAN perlu juga memberikan perhatian untuk coverage CRITICAL ILLNESS yang besar.
Manfaat ini berbeza dengan MEDICAL CARD, yang menyediakan manfaat pembayaran bil hospital.
Kedua-duanya sama penting.
KENAPA PERLU MEDICAL CARD TANPA ANNUAL LIMIT?
Contoh simulasi perbandingan di antara;
a. Medical card dengan annual limit, dan
b. Medical card TANPA annual limit.
contoh di atas, lifetime limit kedua-dua kad adalah sama iaitu RM1 JUTA. Satu jumlah yang tinggi.
Yang membezakan kedua-duanya ialah ANNUALnLIMIT.
Satu mempunyai  limit RM100,000 manakala satu lagi TIADA LIMIT TAHUNAN.
Contoh situasi di atas, memerlukan kos rawatan kanser sebanyak RM300,000, akan memberi perbezaan pada berapa yang perlu ditanggung oleh pelanggan.
Bagi medical card dengan annual limit RM100,000, maka hanya RM100,000 sahaja yang ditanggung oleh medical card.
Manakala baki lagi RM200,000 ditanggung oleh peserta – satu jumlah yang besar.
Berbeza dengan medical card TANPA annual limit;
+ RM100,000 ditanggung oleh medical card sepenuhnya, dan
+ baki RM200,000 ditanggung secara bersama,(co-payment) sebanyak 20% atau RM3000 oleh pelanggan.
Maka, pelanggan hanya perlu membayar,maksima RM3000 sahaja bagi kes ini.
Rule of thumb;
INCOME PROTECTION + MEDICAL CARD = Maksima
caruman 10% daripada pendapatan bulanan.
Saya Zariff  dari INFAQ Consultancy menawarkan perkhidmatanmservis kewangan menggunakan  khidmat,nasihat berdasarkan keperluan pelanggan, bukan sekadar salesman atau ejen,semata.
Hubungi 0193571223 utk maklumat lanjut

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *