Perkongsian Ilmu yang saya dapat dalam satu kelas :
Setiap orang pasti ada perancangan sendiri untuk hidup masa bersara nanti,
disini saya kongsi angka-angka yang patut kita tahu dalam perancangan masa
‘tua’ nanti :
Andai umur sekarang 30 dan kos sara hidup hari ini RM3000 sebulan, kos
tersebut akan menjadi RM9,940 pada 30 tahun akan datang.
Mengapa ? sebab kos tersebut mengambil kira kadar kenaikan inflasi sebanyak
4%.
Jika hari ini kita berusia 30 tahun, dan akan bersara pada umur 60 tahun (30
tahun akan datang), dan mengekalkan gaya hidup hari ini, selama 10 tahun
selepas bersara , maka kita perlukan simpanan untuk plan persaraan;
RM9940 x 12 bulan x 10 tahun = RM1,192,800.00.
Mungkin bila umur 60, banyak hutang sudah habis bayar seperti pinjaman rumah
dan kereta,
maka kita genapkan jadi : RM1 juta
Mana nak cari RM 1 juta bila umur 60 ?
Ada 3 benda yang kita perlu buat sekarang;
1 . Memulakan perancangan plan persaraan dari sekarang, dan tidak keluarkan
simpanan persaraan KWSP untuk tujuan lain. anggaran ada RM300,000 pada umur 60.
2. Membuat simpanan dari sekarang : simpan RM300 setiap bulan selama 30
tahun di Tabung Haji akan dapat : RM286,332.52 dengan dividen 6% setiap tahun
(konsep simpan dan lupa selama 30 tahun)
3. Membuat pelaburan di tempat yang boleh memberi pulangan 10% setiap tahun.
Labur RM10000 dan top-up RM200 setiap bulan selama 30 tahun, Akan dapat
RM569,279.68 (konsep : simpan dan pantau) dengan 3 kaedah ini kita dapat kumpul : RM 1,155,612.2 (RM300,000 +
RM286,332.52 + RM569,279.68)
Simple dan mudah tetapi memerlukan disiplin yang sangat-sangat tinggi.
Note : Dimana tempat pelaburan yang memberi
pulangan 10% ?
hubungi Saya : 0193571223