“Saya kakitangan awam, tidak perlu lagi medical card takaful kerana sudah ada GL (guarantee letter) untuk hospital kerajaan. Semua sudah cover”.
Ini merupakan salah satu alasan yang diberikan oleh kakitangan awam untuk menolak memiliki medical card takaful.
Memang diakui dari segi kepakaran dan kemudahan di hospital kerajaan lebih baik. Terdapat juga rawatan yang tidak dapat dijalankan di hospital swasta terpaksa dihantar ke hospital kerajaan.
Walaubagaimana pun, perlu pertimbangkan situasi-situasi ini;-
a. Di bandar besar, jumlah hospital kerajaan dibandingkan dengan hospital swasta?
Kita ambil contoh Kuala Lumpur – hanya terdapat satu hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL). SATU hospital kerajaan tidak cukup untuk menampung penduduk yang ada di Kuala Lumpur.
Maka wujudlah hospital swasta di Kuala Lumpur seperti Hospital Pusrawi, Hospital Tawakkal, Hospital Columbia, Hospital Gleaneagles, Hospital Prince Court dan lain-lain.
Maka, tidak hairan jika di hospital-hospital kerajaan, pesakit terpaksa menunggu lama untuk menerima rawatan malah mungkin berlaku tidak cukup katil dan bilik wad.
b. Kos rawatan hospital kerajaan lebih murah berbanding hospital swasta.
Kos rawatan di hospital swasta adalah lebih mahal kerana ia berorientasikan bisnes dan 100% datang daripada wang pesakit.
Tidak seperti hospital kerajaan yang mempunyai subsidi daripada kerajaan.
Kos rawatan di hospital swasta adalah lebih tinggi kerana ia menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.
Jarang berlaku di hospital swasta, wad dan katil pesakit tidak cukup sebagaimana yang berlaku di hospital kerajaan.
Jika di hospital kerajaan, pesakit yang datang sedaya upaya dielakkan untuk dimasukkan ke dalam wad dan jika diwadkan – akan sedaya upaya keluar awal.
Manakala di hospital swasta pula sebaliknya. Lebih lama tinggal di hospital swasta, pihak hospital lebih suka kerana kos rawatan yang lebih tinggi akan dikenakan.
Berbanding di hospital swasta, kita boleh memilih bilik yang kita ingin wadkan.
Jenis bilik kita boleh pilih, bilik 4 katil, bilik 2 katil atau bilik satu katil. Malah ada bilik berstatus premium.
Sudah tentu, untuk mendapatkan semua ini memerlukan kos. tetapi, ia boleh ditanggung oleh medical card.
c. Benarkah, jika kakitangan awam masuk hospital kerajaan – akan ditanggung sepenuhnya?
Berdasarkan pengetahuan saya, terdapat jenis kes tidak ditanggung sepenuhnya oleh subsidi.
Jika kes-kes kritikal, akan ada kos tambahan yang perlu ditanggug oleh pesakit selain daripada subsidi yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Ini satu lagi contoh, artikel pasal seorang guru perlukan rawatan pemindahan buah pinggang. Disebabkan tiada wang, terpaksa minta derma. Selepas beberapa bulan masuk Berita Harian, perlukan RM 120,000, tapi hanya dapat sumbangan derma RM 3,708.
Dakwaan yang mengatakan bahawa “hospital kerajaan cover semua”, adalah tidak tepat.
Jadi jangan terlalu bergantung kepada manfaat dan perlindungan yang diberikan oleh pihak kerajaan, sehingga menyebabkan kita lalai daripada mempunyai perlindungan Takaful individu dan keluarga.
Ada satu medical card terbaik
Terbaik bagi saya mungkin tidak bagi tuan.
Dan caruman untuk kanak-kanak pula serendah RM98 sebulan!
Boleh baca lanjut di –> Medisavers Takaful
Mohon call saya
Cik boleh call/wassap saya : 0193571223 (Zariff)
🙂