Mencarum takaful selama 5 tahun, holiday 30 tahun

Caruman RM600/bulan untuk manfaat Life/TPD RM300,000 sahaja.

Selepas 5 tahun, untuk caruman 30 tahun seterusnya, tidak perlu.

Berbaloi ke?

Pelan ini memang wujud dan boleh dibuat melalui produk Takaful investment link.

Saya mengambil contoh quotation untuk umur 30, bekerja sebagai executive. (Takaful investment link)

Pelan A

Manfaat Life : RM300,000
Caruman Bulanan : RM100
Cah value selepas 5 tahun (tidak dijamin) : RM1,311
Cah value selepas 10 tahun (tidak dijamin) : RM5,240

Pelan B

Manfaat Life : RM300,000
Caruman Bulanan : RM600
Cah value selepas 5 tahun (tidak dijamin) : RM35,618
Cah value selepas 10 tahun (tidak dijamin) : RM89,377

Kelebihan Pelan B adalah selepas 5 tahun, peserta boleh tidak membuat caruman selama 29.6 tahun , [holiday]. (RM35,618 / RM100 / 12 bulan = 29.6 tahun). Iaitu sehingga umur peserta 60.

Polisi akan ditanggung oleh cash value yang ada dalam policy.

isu utama cash value dalam Produk takaful investmnetlink adalah tidak DIJAMIN.

ini ada dinyatakan dalam policy :

AMARAN :

Caj Tabarru’ anda akan bertambah apabila usia anda meningkat. Dalam tahun-tahun seterusnya, ada kemungkinan nilai dana yang terkumpul tidak mencukupi bagi membayar caj tabarru’ anda yang disebabkan oleh pulangan pelaburan yang lemah, lalu menyebabkan sijil takaful anda dibatalkan. Anda mungkin perlu meningkatkan sumbangan takaful atau mengurangkan tahap perlindungan takaful, jika mahu mengekalkan sijil takaful.

Apabila cash value (nilai dana) berkurang, jadi tempoh holiday polisi akan berkurang.

DIY Pelan cadangan boleh buat dengan modal RM600 sebulan yang lebih menguntungkan adalah

Manfaat Life : RM300,000
Caruman takaful Bulanan : RM100
Simpanan di THj sebulan : RM 500
Simpanan selepas 5 tahun (6% setahun) : RM35,581.12
Simpanan selepas 10 tahun (6% setahun): RM82,527.57

melalui DIY pelan ini, policy anda masih aktif dan ada CASH lagi, yang bila-bila masa boleh keluarkan.

p/s : cash value (nilai dana) produk takaful invesment link adalah berbeza setiap syarikat. Nilai dana boleh rujuk dalam quotation.

p/s : dengan anggaran setiap tahun TH bagi keuntungan 6%

P/s : income protection pelan RM 100 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *