Semak Insurans Kereta dan NCD Secara Online (gambar)

semak insurans kereta

 

Sebelum kita nak memperbaharui insurans atau takaful kereta, kita akan buat semak insurans kereta status dan NCD secara online.

Apa itu NCD- No Claim Discount

Potongan Tanpa Tuntutan (NCD) adalah skim ganjaran yang diterima oleh pemegang polisi kenderaan kerana tidak membuat tuntutan selama 12 bulan sebelumnya.

Berapa Banyak Potongan Tanpa Tuntutan (NCD) yang saya berhak?

Pengguna layak mendapat NCD mulai dari 0% hingga 55% dari jumlah caruman tahunan yang perlu dibayar bergantung pada jenis kenderaan, nilai pampasan dan jumlah tahun tuntutan yang tidak dinyatakan.

Untuk kereta persendirian, skala NCD antara 0% hingga 55% seperti yang diperuntukkan dalam polisi atau sijil sedangkan untuk motosikal dan kenderaan komersial, ia berkisar antara 0% hingga 25%.

Disini saya sertakan langkap step bergambar untuk memudahkan semak insurans kereta.

Cara semak insurans kereta

1. Lawat website ini : mycarinfo.com.my (klink link ini)

semak insurans kereta

Masukkan maklumat yang diperlukan

  • Nombor pendaftaran kereta (No plate)
  • Nama
  • Email

Tick bahagian kotak “Yes, I have read and understood the terms & conditions and privacy notice.

Tekan kotak ” ENQUIRE”

ini adalah keputusan yang akan keluar.

Ia akan menunjukkan status semak insurans kereta.

  • Syarikat insurans atau takaful yang melindungi kereta
  • Jenis perlindungan
  • Status insurans kerta , aktif atau tidak aktif.

Cara Semak NCD Kereta 

1. Lawat website ini : mycarinfo.com.my (klink link ini)

Tekan kotak biru ” FIND OUT YOUR NCD ONLINE”

Akan keluar seperti kotak di bawah.

Maksukkan maklumat , nombor pendaftaran kereta dan no kad pengenalan pemilik kereta.

Tandakan pada kotak “Yes,  I Have read and understood the privacy notice”

ia akan keluar status NCD kereta

Antara maklumat yang dipaparkan adalah :

  • Nombor pendaftaran kereta
  • No kad pengenalan pemilik kereta
  • Peratus NCD seterusnya
  • Tarikh Berkuatkuasa NCD Seterusnya
  • Tempoh Perlindungan Polisi Semasa
  • Peratusan NCD Semasa
  • Tarikh Berkuatkuasa NCD Semasa

Urusan Renew Insurans Kenderaan Kini Dah Jadi Lebih Mudah!

Miliki Insurans Terbaik Untuk Lindungi Kenderaan Anda & Boleh Renew Secara Online Sahaja Tanpa Perlu Berjumpa Ejen

Renew Insurans Kereta anda disini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *