Takaful pendidikan anak adalah bertujuan untuk menabung bagi memastikan simpanan untuk menampung kos belajar di universiti anak-anak berterusan sekalipun berlaku musibah ke atas ibu / bapa.
Takaful ada menyediakan perlindungan simpanan pendidikan demi jaminan masa depan anak.
Melihat kepada situasi masa kini, kos pendidikan anak-anak semakin meningkat saban tahun.
Jadi perlu ada perancangan rapi untuk setiap anak supaya kita mempunyai dana yang mencukupi untuk mereka sehingga tamat universiti.
Boleh gunakan pelbagai instrumen kewangan yang ada, seperti
- Tabung H
- A$B
- Takaful pendidikan
- SPSPN-I
Perbezaana antara SPSPN, takaful pendidikan dan hartanah untuk pengumpulan dana pendidikan anak
Justeru, takaful mengeluarkan produk yang sesuai membantu ibu bapa membuat persiapan simpanan untuk pendidikan jangka masa panjang.
Pelbagai insentif dan manfaat bakal dinikmati sekali gus meringankan bebanan ibu bapa menangani masalah kewangan untuk pendidikan.
Ibu bapa tidak perlu lagi runsing untuk membuat pinjaman. Di samping itu, perlindungan takaful pendidikan juga dapat membantu pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran meneruskan pengajian.
Takaful Ikhlas menawarkan produk IKHLAS Education Takaful Plus, iaitu pelan yang membantu pendidikan anak, pada masa sama menyediakan perlindungan seandainya anak peserta meninggal dunia atau mengalami sebarang keilatan kekal.
Pelan ini bersifat tabungan dan terbuka untuk kanak-kanak berusia 30 hari sehingga 12 tahun. Tempoh matang sijil pula adalah fleksibel iaitu umur anak antara 18 hingga 23 tahun. Dana pendidikan yang disediakan membolehkan ibu bapa membuat simpanan setiap bulan.
Semestinya ibu bapa ingin memenuhi keperluan ketika anak yang masih bersekolah. Sehubungan itu, pelan ini memberikan manfaat pengeluaran sebahagian di mana peserta boleh mengeluarkan wang tunai melalui akaun pelaburan. Pengeluaran tunai hanya boleh dikeluarkan dengan minimum selepas lima tahun penyertaan.
Bagi anak yang cemerlang dalam akademik, pelan ini turut memberi manfaat tambahan bagi setiap pencapaian dalam peperiksaan yang dinamakan Anugerah Kecemerlangan.
Anugerah kecemerlangan ini hanya akan berkuatkuasa selepas tiga tahun penyertaan. Perancangan hendaklah dilakukan dengan sebaiknya bagi memudahkan urusan bagi masa depan.
Tindakan menabung daripada awal memberikan kesan yang hanya boleh dilihat hasilnya pada masa akan datang.
Berminat dengan plan takaful pendidikan ini, boleh isi maklumat dibawah, saya akan hubungi segera
Malu jumpa perunding, tetapi nak tahu perengan berkenaan takaful.
tonton ini secara percuma : https://ezytakaful.com/panduan-video-takaful/