Takaful Travel Malaysia – Online Senang lulus

Di Malaysia, terdapat berbagai syarikat Takaful dan Insurans yang menawarkan pelan Takaful Travel (Perjalanan) atau Travel Insurance. Ia boleh dilanggan melalui online tanpa perlu melalui agen takaful serta lulus segera.

 

 

Plan ini boleh dilanggan dengan mencaruman mengikut bilangan hari perjalanan.

Manfaat perlindungan yang ditawarkan didalam setiap pelan adalah berbeza-beza diantara sebuah syarikat dengan sebuah syarikat yang lain,

Namun  manfaat perlindungan asas adalah hampir sama iaitu manfaat kemalangan diri, kesulitan dalam perjalanan seperti kerosakan kepada bagasi, penangguhan perjalanan, bantuan perbelanjaan perubatan serta kos membawa pulang pesakit.

Jangan biarkan perjalanan impian anda menjadi mimpi ngeri disebabkan oleh kejadian yang tidak disangka! Takaful travel menyediakan perlindungan terbaik dengan pelan perlindungan perjalanan yang komprehensif. Kini, anda boleh menjelajah ke serata dunia dengan penuh ketenangan.

Secara asasnya, kebanyakan produk Takaful Travel (Perjalanan) atau Travel Insurance  memberi manfaat perlindungan seperti:

  • Kehilangan duit belanja dan dokumen perjalanan.
  • Penangguhan perjalanan.
  • Perjalanan mengambil masa lama dari sepatutnya.
  • Kerosakan bagasi.
  • Kematian disebabkan kemalangan / lumpuh kekal.
  • Perbelanjaan perubatan.
  • Kos membawa pulang jenazah.
  • Pengurusan jenazah di hospital.
  • Perlindungan kanak-kanak.
  • Kes melibatkan ‘evacuation’ (emergency medical evacuation)
  • Pecah masuk rumah ketika anda di luar negara.

Antara syarikat yang menawarkan takaful travel secara online adalah Takaful Ikhlas.

Takaful ikhlas ada sediakan permohonan secara online untuk takaful travel luar negara dan dalam negara, termasuk haji & umrah

Boleh memohon secara individu atau berkumpulan (keluarga)

Mohon secara online disini : https://www.takaful-ikhlas.com.my/…/produk…/peribadi/kembara

Ini adalah senarai manfaat Takaful Travel Takaful Ikhlas IKHLAS Kembara Plus.
takaful travel takaful ikhlas
takaful travel online takaful ikhlas
takaful travel online takaful ikhlas

Pilih antara

1. IKHLAS Kembara Plus – Inbound & Outbound :

Pelan Takaful ini menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang keupayaan kekal atau kematian disebabkan oleh kemalangan di luar jangkaan, perbelanjaaan perubatan yang ditanggung akibat kemalangan, kesulitan perjalanan dan bantuan perjalanan bagi perjalanan domestik dan luar negara. Pelan ini boleh disertai oleh mana-mana individu untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak. Pelan keluarga dibenarkan untuk perjalanan sehala sahaja dan had umur bagi anak adalah antara 30 hari hingga 21 tahun. Tempoh perlindungan bergantung kepada tempoh perjalanan tersebut.

Maklumat lanjut plan : https://www.takaful-ikhlas.com.my/…/defau…/files/pdsbm10.pdf

2. IKHLAS Kembara Plus – Hajj & Umrah (khas untuk umrah & haji)

Pelan Takaful ini menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang keupayaan kekal atau kematian disebabkan oleh kemalangan di luar jangkaan, perbelanjaaan perubatan yang ditanggung akibat kemalangan, kesulitan perjalanan dan bantuan perjalanan bagi perjalanan Haji dan/atau Umrah. Perlindungan ini boleh disertai oleh mana-mana individu untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak. Pelan keluarga dibenarkan untuk perjalanan sehala sahaja dan had umur bagi anak adalah antara 30 hari hingga 21 tahun. Tempoh perlindungan bergantung kepada tempoh perjalanan tersebut.

Maklumat lanjut plan : https://www.takaful-ikhlas.com.my/…/ikhlas-kembara-hajj-umr…

_____________________________________________________________________________________________

Adakah tuan mencari perlindungan takaful untuk Income Protection? Baca terus di sini –> Ikhlas Link Secure Takaful

Atau tuan mencari takaful medical card untuk anak serendah RM93 sebulan? Baca terus di sini –> Medisavers Takaful

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *