Takrif Keilatan Kekal dan Menyeluruh Dalam Takaful

“Yang dimaksudkan dengan lumpuh tu macammana? Apa syaratnya? Hilang mana-mana anggota badan ke? ”
– Soalan dari sahabat

Ini jarang peserta ambil tahu, selain manfaat kematiaan, manfaat lumpuh & cacat kekal (TPD) perlu diambil kira dalam mencarum pelan takaful, terutama skali untuk pelan perlindungan pendapatan.

Secara ringkasnya 3 takrif keilatan kekal dan menyeluruh (TPD) :
> Definisi:

1. Tidak berkeupayaan penuh atau lumpuh, berkekalan, sehingga tidak mampu melakukan pekerjaannya dan pekerjaan lain (pengalaman, latihan & pengalaman), sekurang-kurangnya 6 bulan berturut- turut.

atau ;

2. Kehilangan menyeluruh dan tiada harapan untuk sembuh :
– kedua-dua belah mata, atau
– Dua anggota badan tangan atau kaki, atau
– Mata dan tangan atau kaki
* rujuk gambar

lumpuh kekal

atau ;

3. Tidak berkeupayaan melaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti kehidupan harian dibawah selama 6 bulan :
– Berpindah
– Bergerak
– Pengawalan perkumuhan
– Berpakaian
– Membersihkan diri
– Makan

> Ketiga-tiga (3) ini terjadi disebabkan oleh penyakit atau kemalangan atau menjadi mangsa salah laku jenayah.
> Untuk lebih jelas, perlu rujuk keterangan helaian produk (PDS), setiap syarikat berbeza-beza takrifan.
> Tempoh perlindungan juga berbeza-beza setiap produk.

Leave a Reply

Your email address will not be published.