Apakah medical card terbaik ?
Kad perubatan (medical card) ialah kad untuk membolehkan seseorang pemegang polisi menerima rawatan terbaik di hospital swasta tanpa wang tunai.
Kad ini sangat perlu, terutama ketika kemalangan atau ditimpa penyakit secara mengejut.
Walaupun medical card tidak diwajibkan oleh mana-mana undang-undang, memiliki kad ini sangat penting untuk semua ahli keluarga.
Ini terutama kerana kos atau kadar bayaran perubatan sentiasa meningkat setiap tahun.
Dengan adanya medical card, anda mampu mendapatkan rawatan dalam waktu cepat dan lebih selesa.
Medical Card Terbaik : Faktor yang perlu ditimbangkan
Dalam memilih medical card terbaik, jangan mudah terpengaruh dengan apa juga cadangan ejen takaful.
Ejen takaful biasanya akan mencadangkan medical card dari syarikat mereka.
Namun, keputusan akhir di tangan anda dan anda tidak semestinya mengikut cadangan mereka semata-mata.
Anda perlu dan patut pilih medical card yang hanya sesuai dengan keperluan sekeluarga setelah menilai tahap risiko sebenar yang dihadapi.
Berikut ialah antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memilih memilih medical card terbaik.
1.Kenalpasti risiko sekeluarga
Nilaikan sendiri tahap risiko sebenar sekeluarga. Ejen takaful mungkin cadangkan mengikut pelan syarikat mereka. Namun, anda perlu sesuaikan dengan keperluan anda sendiri.
Jika ejen takaful syorkan produk atau medical card yang tidak sesuai dengan risiko anda sekeluarga, elok abaikan sahaja saranan ejen berkenaan.
Ada ejen mungkin mencadangkan pelan simpanan (saving) juga, namun anda tidak semestinya mengambil pelan berkenaan kerana anda mungkin rugi disebabkan perlu membayar “wakalah fee” berbanding nilai simpanan sebenar.
2. Harga caruman paling sesuai
Kesilapan ramai orang dalam mengambil takaful ialah soal pertimbangan kepada nilai atau amaun caruman yang mampu dibayar.
Soal sama ada polisi yang diambil itu cukup untuk melindungi keperluan keluarga atau tidak jika terpaksa masuk hospital, jarang diambil peduli.
Tidak ramai ambil tahu mengenai apa yang dilindungi sesuatu polisi sama ada ia cukup untuk melindungi kes kemalangan diri, sakit kritikal, masuk wad (warded), kematian dan kecacatan kekal atau tidak.
Semua ini biasanya disebut di dalam polisi takaful, tetapi tidak ramai ambil peduli.
Apa yang dititikberatkan hanya soal berapa ratus ribu ringit nilai liputan (cover) – RM500,000 atau RM1 juta – dan bukan soal apa yang dilindungi polisi berkenaan.
3. Had seumur hidup
Anda sepatutnya mempertimbangkan untuk mengambil medical card yang tiada had seumur hidup walaupun kebanyakan medical card takaful kebanyakannya ada had seumur hidup.
Anda perlu pertimbangkan had tahunan juga, tetapi mesti tidak ambil ringan had seumur hidup.
Jangan mudah keliru apabila ejen takaful menyebut angka yang tinggi. Contohnya sesuatu medical card berkenaan meliputi (cover) RM500,000. Biasanya, itu ialah had seumur hidup.
Jadi, jika medical card berkenaan hanya bernilai RM60,000 bagi had tahunan, anda akan menghadapi masalah apabila had tahunan sudah habis ketika anda mungkin jatuh sakit berkali-kali atau untuk tempoh lama dalam sesuatu tahun.
Jadi, jangan ambil ringan dua elemen ini, iaitu had tahunan dan had seumur hidup juga.
Pertimbangan lain
Ada beberapa perkara lain juga patut anda ambilkira ketika membuat pertimbangan untuk mendapatkan sesuatu medical card.
Antaranya termasuklah harga wad yang sepadan dengan nilai semasa yang dicaj oleh hospital utama di kawasan lokaliti anda; polisi yang memasuk kira penyakit berbahaya serta kemalangan kecil yang tidak memerlukan kemasukan ke wad.
Pastikan medical card yang hendak diambil meliputi semua hal berkenaan.
Wujudkah medical card TANPA Had tahunan & TANPA Had Seumur hidup ? Medisavers Takaful
One Reply to “Tips Memilih Medical Card Terbaik Untuk Keluarga”