Waiver of contribution ATAU pampasan RM500,000, mana yang penting ?

 

Ahmad : Saya rasa waiver ni penting juga.

Zariff : Betul, waiver pun penting.

Waiver akan aktif jika berlaku sakit kritikal tahap akhir

Caruman sijil free hingga tamat sijil.

Tetapi..

Mana lebih penting waiver atau dapat pampasan RM500,000 jika berlaku situasi sama?

atau nak lebih jelas.

Jika disahkan sakit kritikal, kita nak yang mana ?
waiver ke atau RM500,000 ?

Manfaat waiver of contribution merupakan salah satu rider yang terdapat dalam produk takaful/insurance.

Lain syarikat, lain namanya, tetapi sama fungsi.

Fungsinya adalah, jika berlaku sakit kritikal kepada orang yang dilindungi, caruman bulanan free sehingga tamat sijil.

Jika sijil tersebut ada manfaat medical card, seolah dapat medical card free.

Tetapi bagaimana pula situasi, jika disahkan sakit kritikal tetapi tidak mampu meneruskan pekerjaan dan hilang pendapatan ?

Adakah medical card dapat bantu menyara kita & keluarga dari segi bentuk kewangan akibat kehilangan pendapatan ?

Jadi disini pentingnya mengutamakan pampasan sakit kritikal yang tinggi.

Oleh sebab itu, untuk manfaat INCOME PROTECTION yang sempurna,

perlu lengkap sekali dengan coverage CRITICAL ILLNESS sekurang-kurangnya bersamaan 3 ke 5 tahun gaji.

Kenapa 3 ke 5 tahun gaji manfaat untuk sakit kritikal?

Kerana, apabila seseorang itu disahkan penyakit kritikal, selalunya dalam masa 3 ke 5 tahun; sama ada dia akan meninggal dunia atau sembuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *