Zakat pendapatan wajib dibayar dimana yang sesuai dan yang mana menjadi keutamaan.
Pertanyaan dari sahabat berkenaan kaedah pembayaran zakat yang sesuai :
“Zakat pendapatan wajib dibayar dimana ? adakah kita perlu bayar di negeri kita bekerja ?”
Sebelum itu mengenali serba sedikit berkenaan zakat pendapatan.
Apakah yang dimaksudkan dengan Zakat Pendapatan ?
Zakat pendapatan adalah zakat yang perlu kita sumbang dari pendapatan tahunan sekiranya mempunyai pendapatan milik sempurna, cukup Haul dan Nisab.
Nisab adalah kadar atau had pendapatan perlu keluarkan zakat.
Nisab berubah mengikut harga emas semasa.
Pendapatan ini adalah termaksud gaji, elaun, bonus, upah, bayaran profesional dan sebagainya.
Jumlah zakat pendapatan yang dikenakan adalah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar setahun.
Walaubagaimana pun, zakat pendapatan ini tidak boleh dikira terus daripada jumlah pendapatan tersebut.
Sebaliknya perlu menolak dahulu dengan beberapa perbelanjaan lain.
Dari baki tersebut, barulah kita boleh mengira jumlah yang perlu untuk dibayar.
Antara perbelanjaan yang boleh ditolak :
- Perbelanjaan sendiri (RM12,000)
- Perbelanjaan isteri (RM5,000)
- Perbelanjaan anak bawah 18 tahun (RM3,000)
- Perbelanjaan anak atas 18 tahun (RM5,000)
- Pemberian kepada ibubapa
- Pendidikan sendiri (RM2000)
- Caruman KWSP
- Caruman Tabung Haji
Note : Jumlah penolakan adalah berbeza-beza setiap negeri dan tahun.
Cara yang paling tepat untuk mengetahui nilai nisab adalah dengan merujuk Majlis Agama di negeri masing-masing.
Contoh pengiraaan Zakat pendapatan dari PPZ :
Zakat pendapatan wajib dibayar dimana ?
Adalah lebih baik membayar zakat di tempat mencari rezeki.
Ini adalah kerana fakir miskin di kawasan tersebut adalah lebih berhak untuk menerima zakat dari hasil yang ditunaikan oleh penduduk di kawasan tersebut.
Setiap negeri mempunyai Majlis Agama tersendiri.
Ini jawapan lebih lanjut berkenaan pertanyaan ini. Boleh rujuk disini