Cara Renew Roadtax Kereta Melalui MyEG 2020

Cara Renew roadtax kereta melalui MyEG secara online adalah salah satu cara untuk elak kita membazir masa di kaunter JPJ dan pejabat pos.

Cepat dan mudah.

Sebelum membolehkan kita menggunakan kemudahan yang ditawarkan di MyEG Online, anda perlu mendaftar sebagai pengguna dahulu.

Kemudian beberapa perkara yang perlu di semak sebelum menggunakan MyEG untuk renew roadtax :

  1. Insurance takaful kereta sudah aktif.
  2. Tiada tunggakkan saman yang melebihi 5 tahun.

jika 2 perkara ini ok, baru boleh renew roadtax kereta secara online.

Langkah  1 : Login dulu di myeg.com.my. Masukkan username dan password, kemudian klik Login.

Anda boleh daftar akaun untuk mengakses semua perkhidmatan MYEG secara percuma.

Cara Renew Roadtax Kereta

Langkah 2 : Klik icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Cara Renew Roadtax Kereta

Langkah 3 : klik butang Road Tax Renewal/Baharui Cukai Jalan.

Renew Roadtax Kereta

Langkah 4 : Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor MyKad, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan.

Pastikan alamat yang ditulis adalah betul, ini bagi memudahkan proses penghantaran.

Dari segi tempoh perbaharui, boleh pilih 6 bulan atau setahun.

Semak disini : Harga Roadtax Kereta di Semenanjung Malaysia

Renew Roadtax Kereta

Langkah 5 : Pilih cara penghantaran road tax, sama ada anda nak ambil sendiri di pejabat MyEg di Bandar Utama, Kuala Lumpur, atau dihantar ke alamat pilihan anda sama ada di rumah atau pejabat.

Berdasarkan pengalaman saya, tempoh untuk sampai roadtax di sekitar klang valley sangat laju, pagi buat pembayaran, petang sudah sampai dengan kos RM6.00 sahaja.

Bagi saya ia sangat berbaloi.

Roadtax Kereta

Langkah  6  : Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak buat bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Maybank2u, RHB Online dan Public Bank Online.

Sekarang, cuma perlu tunggu road tax sampai sahaja.

Untuk semak status penghantaran boleh rujuk disini :

Begitulah cara renew roadtax kereta melalui MyEG secara online. Mudah dan cepat kan.

Ingin renew insurance dengan harga diskaun ?

Boleh rujuk gambar ini

renew roadtax

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *